Tips VIVA Kerja Kursus STPM
❋ Penyediaan VIVA
Bergantung kepada subjek, guru-guru akan menetapkan bilangan slide yang perlu disediakan bagi kerja kursus anda. Anda akan diberikan markah untuk kekemasan presentasi dan kelengkapan maklumat. Andalah yang akan mengawal powerpoint ketika membentang, bukan guru, jadi susunkannya secara bebas dan kreatif, tetapi mengikut syarat.
Apabila menyediakan slideshow tersebut, pastikan anda mengikut syarat-syarat dan format yang berikut:
- Gunakan latar belakang yang simple dan cantik. Jangan menggunakan background yang terlalu warna-warni dan menyakitkan mata atau mengalih perhatian daripada maklumat (distracting).
- Anda dibenarkan menggunakan font yang berbeza-beza untuk kelihatan menarik, tetapi pastikan ia mudah untuk dibaca dan tidak terlalu warna-warni.
- Jangan menggunakan gif atau emoticon yang mengarut. Walaupun comel atau kelakar, guru-guru akan menganggap anda tidak profesional dan kurang matang. Juga distracting.
- Maklumat yang diberikan mesti "to the point", pendek dan mudah difahami. Anda hanya perlu memberikan gambaran yang mudah mengenai kajian anda. Huraian boleh diberikan secara lisan ketika pembentangan.
- Cuba untuk menggunakan peta i-Think (yang sesuai) sebanyak yang mungkin. Data boleh dibentangkan dalam bentuk carta dan jadual. Jika boleh, highlightkan "paling tinggi, paling kurang, paling banyak" dan sebagainya.
- Masukkan beberapa gambar daripada kajian ataupun gambar yang berkaitan dengan kajian anda. Tetapi bukan terlalu banyak.
- Gunakan kreativiti anda untuk menggunakan "transitions" dan "animations" untuk membentangkan data anda. Untuk menggurangkan bilangan slide, anda boleh overlap jadual/gambar/carta anda dalam satu slide menggunakan animation, yang boleh dikawal oleh anda semasa pembentangan.
- Jangan menggunakan transitions yang terlalu fancy yang akan mengambil masa untuk bertukar. (Contohnya: origami crane transition.)
- Pastikan font size anda tidak kurang daripada 16 supaya tidak kelihatan terlalu kecil dan sukar untuk dibaca, serta tidak kemas.
- Pada slide pertama (Title Slide), pastikan tajuk anda besar dan jelas. Tajuk mesti sama dengan folio anda. Pastikan anda masukkan nama, kelas, nombor IC dan nombor angka giliran anda untuk rujukan guru.
- Pada slide Pengenalan/Latar Belakang, pastikan anda memasukkan definisi yang telah dicari ketika melakukan kajian anda. (jika ada)
- Anda MESTI memasukkan slide Terima Kasih di penghujung slideshow anda kerana ada markah untuknya. Sediakan slide yang simple sahaja.
Pada hari pembentangan, pastikan anda berpakaian kemas dan mengikut peraturan yang ditetapkan kerana ada markah Penampilan. Sebaik mungkin, gunakan bahasa yang formal ketika membentang, tetapi jangan terlalu stres, guru-guru kamu tidak akan marah jika kamu relaks dan cakap secara kasual sedikit. Ini supaya anda tidak terlalu gementar ketika melakukan pembentangan anda.
Tips ketika pembentangan:
- Wajib mulakan dengan memberikan salam, menyebut nama dan tajuk kajian anda.
- Jangan terkejut jika guru anda meminta anda untuk skip beberapa slide. Bukan kerana salah kamu, tetapi cikgu pun dah penat melihat 30+ slide dengan isi yang hampir sama, terutamanya bahagian 'Lokasi Kajian.' Jadi jangan ambil hati atau takut.
- Berikan eye-contact kepada guru-guru anda. Jangan baca daripada slide terlalu banyak.
- Anda boleh memegang kertas atau buku nota kecil ketika membentang untuk rujukan huraian. Jangan baca daripada nota anda sebiji-biji sepanjang pembentangan. Ingat eye-contact.
- Jika guru anda biasanya seorang yang tidak terlebih strict, cuba masukkan beberapa lawak jenaka (jokes) yang mudah difahami dalam pembentangan anda. Jika guru anda berasa seronok melihat pembentangan anda, sudah tentu markah anda akan lebih tinggi, dan and juga akan lebih relaks membentang selepas berjaya membuat guru anda senyum/ketawa. Tetapi jangan masukkan terlalu banyak jokes dan jadi unprofressional. Jika anda kurang yakin bahawa lawak jenaka anda akan sampai, jangan gunakan langsung.
- Huraikan Dapatan Kajian anda sebaik mungkin. Bahagian ini mempunyai markah tertinggi, termasuk untuk jawapan anda jika disoal.
- Jika diminta menghuraikan sebab data anda sedemikian atau apa yang boleh diperhatikan, jangan menggunakan perkataan "mungkin." Hal ini menunjukkan sama ada anda kurang melakukan penyelidikan atau kurang yakin dengan jawapan anda.
- Jangan lupa mengucapkan Terima Kasih!
- Jangan takut, cikgu anda tidak akan marah jika berlaku kesilapan dalam slide atau masalah teknikal semasa pembentangan.
- Be confident! Jika anda lakukan kajian anda dengan betul dan sebaik mungkin, sedah pasti anda boleh bentang dan jawab soalan dengan baik.
- Practice, practice, practice. Jika rasa tidak yakin atau gementar, latih dahulu sebaik mungkin bersama rakan-rakan atau hadapan cermin. Masa akan berlalu dengan cepat, jadi buat sebaik mungkin.
BONUS TIP: Jika anda masih gementar sebelum memulakan pembentangan anda, tiup pada hujung jari telunjuk anda dengan lembut. Secara psikologi, cara ini dapat melegakan rasa gementar anda sedikit.
Itu sahaja daripada saya untuk post ini. Saya harap tips-tips ini dapat membantu anda menyediakan dan membentangkan VIVA anda dengan yakin dan sempurna. Dan ingat, anda sentiasa boleh tanya soalan kepada guru-guru anda. Jika arahan mereka berlainan daripada tips yang saya telah berikan, ikut sahaja tips guru kamu kerana merekalah yang akan memberikan markah kamu. All the best, semoga anda dapat menyiapkan VIVA anda dengan baik dan lancar.
Terima kasih ..
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteTerbaiklaaaa!!!!!!
ReplyDeletewoww doakan saya mggu depan..nak viva
ReplyDeleteAll the best 👍🏼
Deletethanks untuk tips terbaik ni...
ReplyDeleteMembantu sangat-sangat !!! Thankyou for sharing 😭😭😭
ReplyDeleteboleh tak nak tahu contoh soalan yang biasa ditanya masa viva
ReplyDeleteBiasanya jika slide dan huraian kamu cukup padat, kadang kala guru kamu tidak akan tanya soalan langsung. Tetapi jika ada data yang tidak dibentangkan terutamanya dalam Dapatan Kajian (contohnya kamu kaji tingkah laku sampel kamu tetapi tidak kaji punca), baru guru-guru akan tanya soalan. Saya pernah juga ditanya mengapa saya memilih tajuk kajian saya. Fokus sahaja pada Dapatan Kajian, dan baca balik Tips 6 dan 7 di atas. Harap membantu, all the best!
Delete