ad

Simpulan Bahasa

Post blog berikut sesuai untuk rujukan pelajar semua umur.

Simpulan bahasa merupakan peribahasa yang paling ringkas dan lazimnya terdiri daripada dua patah kata.

  1. Ada Angin - berperangai tidak seperti biasa pada sesuatu ketika.
  2. Ada Hati - ada keinginan untuk membuat sesuatu.
  3. Ambil Hati - menyukakan hati seseorang; berasa tersinggung.
  4. Anak Bapa - orang yang gagah atau berani.
  5. Anak Buah - orang yang di bawah jagaan seorang ketua. (Dependant)
  6. Atas Angin - negara-negara di sebelah barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat. (Western nations/countries)
  7. Atas Pagar - tidak menyebelahi mana-mana pihak.
  8. Batu Loncatan - sesuatu yang dijadikan asas atau alat untuk mencapai sesuatu tujuan. (Stepping stone)
  9. Bau-bau Bacang - hubungan persaudaraan yang jauh.
  10. Bawah Angin - negara-negara di sebelah timur seperti di Asia. (Eastern nations/countries)
  11. Buah Mulut - perkara yang menjadi tajuk perbualan orang ramai. (Talk of the town)
  12. Buruk Siku - mengambil balik apa-apa yang telah diberikan kepada orang lain.
  13. Cakap Angin - percakapan yang tidak berfaedah; omong kosong.
  14. Cangkul Angin - membuat kerja yang tidak berfaedah
  15. Darah Daging - kaum kerabat; sudah sebati. (Flesh and Blood)
  16. Durian Runtuh - keuntungan yang tidak disangka-sangka. (To find a pot of gold)
  17. Gaji Buta - mendapat gaji tanpa bekerja. (Sinecure)
  18. Gelap mata - lupakan diri kerana terpengaruh oleh wang. (Blinded by greed)
  19. Gila Bahasa - kurang waras fikirannya.
  20. Golok-kayu - orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai.
  21. Harga Mati/Paku Belanda - harga tetap; harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. (Fixed/Nett price)
  22. Hentam Keromo - membuat sesuatu dengan tidak berfikir panjang. (without thinking twice)
  23. Hidung Belang - lelaki yang suka mengganggu atau menggoda perempuan.
  24. Ikat Perut - menahan lapar kerana berjimat.
  25. Jauh Hati - merajuk kerana tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain. (Sulking)
  26. Jinak-jinak Merpati - perempuan yang peramah dan mudah bergaul mesra tetapi sukar dipikat.
  27. Kacang Hantu - orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain. (Menace)
  28. Kepala Batu - degil; tidak mahu mengikut nasihat. (Hard headed/Thick skinned)
  29. Kera Sumbang - orang yang tidak suka bercampur gaul dengan orang lain.
  30. Kucing Bertanduk - perkara yang mustahil berlaku. (When pigs fly)
  31. Kucing Kurap - orang yang dipandang hina.
  32. Lidah Biawak - percakapan yang berubah-ubah. 
  33. Lipas Kudung - cepat menyiapkan atau membuat kerja. (Efficient)
  34. Makan Angkat - suka dipuji. (Loves fishing for compliments)
  35. Makan Suap - menerima rasuah. (Takes money under the table)
  36. Malu-malu Kucing - berpura-pura malu di hadapan orang.
  37. Mata Keranjang - lelaki yang sangat suka melihat perempuan.
  38. Mati Katak - mati dengan sia-sia sahaja. (To have died for nothing)
  39. Mulut Tempayan - orang yang tidak dapat menyimpan rahsia. (Someone who spills the beans/Lets the cat out of the bag)
  40. Nyawa-nyawa Ikan - hampir-hampir mati. (At death's door)
  41. Otak Cair - pandai; cerdik. (Bright)
  42. Otak Kering - lambat atau susah menerima pelajaran yang diajarkan.
  43. Pasang Telinga - mendengar dengan teliti atau bersungguh-sungguh. (Pay Attention)
  44. Patak Kandar - hilang tempat bergantung.
  45. Penyapu Baru - rajin bekerja kerana baru menyandang jawatan itu.
  46. Perang Dingin - perang secara gertak-menggertak. (Cold War)
  47. Perang Mulut - bertegkar dengan menggunakan kata-kata kasar. (To fight like cats and dogs/verbal war)
  48. Pisau Cukur - perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki. (Gold digger)
  49. Puteri Lilin - perempuan yang tidak tahan kena panas.
  50. Putih Hati - jujur; baik hati. (Pure hearted)
  51. Putih Mata - mendapat malu.
  52. Rabun Ayam - tidak dapat melihat dengan jelas pada waktu senja.
  53. Rambang Mata - sukar untuk membuat pilihan kerana semuanya kelihatan baik atau hampir serupa sahaja. (Spoilt for Choices)
  54. Ringan Kepala - mudah memahami sesuatu yang diajar.
  55. Serkap Jarang - menuduh secara agak-agak sahaja atau tanpa usul periksa. (Quick to point fingers/Jump to conclusions)
  56. Tahi Arak - orang yang suka dan kuat minum arak.
  57. Tangkai Jering - orang yang kedekut. (Cheapskate/Stingy)
  58. Telinga Kuali - orang yang tahan hati walaupun dimarahi oleh orang lain. (Thick Skulled/Thick Skinned)
  59. Telinga Lintah - orang yang tajam pendengarannya.
  60. Telinga Nipis - orang yang cepat marah. (Short Tempered)
  61. Telinga Tempayan - orang yang tidak mahu mendengar nasihat.
  62. Terang Tanah - waktu hampir siang.
  63. Tidur-tidur Ayam - tidur yang tidak lena. (Fitful sleep)
  64. Tin Kosong - orang yang bercakap besar tetapi sebenarnya tidak berilmu pengetahuan. (
  65. Tua Keladi - orang tua berperangai seperti orang muda. (Childish)

Comments

Popular Posts