ad

Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Semester 2

Berikut ialah proposal kerja kursus yang dibuat oleh saya. Dilarang meniru. Sebagai rujukan sahaja.




Tema : Sejarah Tokoh
Tajuk : Latar Belakang dan Sumbangan Tun V.T. Sambanthan sebagai Presiden Kelima Kongres India Malaya (MIC) dari tahun 1955 hingga 1973

Pengenalan

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan, atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan, dilahirkan pada 16 June 1919 di Sungai Siput, Perak. Beliau antara empat orang anak kepada M.S. Veerasamy yang merupakan Seorang penoreh getah dan mempunyai beberapa ladang getah di Sungai Siput. Beliau telah bersekolah di Clifford High School, Kuala Kangsar, Perak dan telah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Tun Sambanthan telah banyak memberi sumbangan yang bermakna kepada negara Malaysia, terutamanya semasa beliau menjadi Presiden Parti MIC dari tahun 1955 hingga 1973. Beliau telah berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu bersama Tunku Abdul Rahman dan merupakan salah seorang yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.


Objektif Kajian

1.      Mengenal pasti latar belakang Tun V.T. Sambanthan.
2.      Mengenal pasti usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun V.T Sambanthan semasa menjadi Presiden Kongres India Malaya (MIC) dari tahun 1955 hingga 1973.
3.      Mengenal pasti sumbangan Tun V.T Sambanthan terhadap kaum India Malaysia dari tahun 1955 hingga 1973.


Pemasalahan Kajian

Esei ini akan menjelaskan mengenai latar belakang dan sumbangan Tun V.T. Sambanthan sebagai Presiden Kelima MIC dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.
       Selain itu, esei ini juga akan menerangkan kejayaan Tun V.T. Sambanthan sewaktu menjadi Presiden Kelima MIC dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.
       Esei ini turut akan menjelaskan tentang sumbangan Tun V.T. Sambanthan sewaktu menjadi Ahli Parlimen untuk Sungai Siput dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.


Skop Kajian

       Kajian ini akan memfokuskan kepada latar belakang dan sumbangan Tun V.T. Sambanthan sebagai Presiden Kelima MIC dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.
       Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kejayaan Tun V.T. Sambanthan sewaktu menjadi Presiden Kelima MIC dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.
       Kajian ini juga akan memfokuskan kepada sumbangan Tun V.T. Sambanthan sewaktu menjadi Ahli Parlimen untuk Sungai Siput dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.


Kajian Lepas

       Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pihak terdahulu mengenai Tun V.T. Sambanthan. Antaranya ialah “TUN V.T. SAMBANTHAN Pembela Masyarakat India di Malaysia” oleh Arumugam Raman, hasil terbitan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan juga beberapa artikel dan blog di internet. Kajian-kajian terdahulu ini kebanyakannya berkisarkan tentang biografi dan sumbangan Tun V.T. Sambanthan sewaktu beliau masih hidup, serta penghargaan kepada beliau.


Kaedah Kajian

       Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah penyelidikan kepustakaan, iaitu saya akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, majalah, akhbar-akhbar serta gambar-gambar yang berkaitan dengan Tun V.T. Sambanthan.
       Kajian dalam internet juga merupakan salah satu kaedah yang saya gunakan, iaitu saya akan mendapatkan maklumat daripada laman-laman web dan blog yang berkaitan dengan Tun V.T. Sambanthan.
       Kaedah seterusnya yang saya gunakan turut merupakan kaedah temu bual. Saya akan mengadakan temubual dengan ahli keluarga Tun V.T. Sambanthan supaya maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat diperoleh dengan mudah.


Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan –
Dalam bahagian ini, saya akan menjelaskan mengenai Tun V.T. Sambanthan secara umum.

Isi- isi Esei –
Dalam bahagian ini, saya akan focus kepada latar belakang dan sumbangan Tun V.T. Sambanthan sebagai Presiden Kongress India Malaya yang Kelima dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973 dengan merujuk kepada pelbagai sumber.
Selain itu, bahagian ini juga akan focus kepada kejayaan Tun V.T Sambanthan sewaktu menjadi Presiden Kongress India Malaya yang Kelima dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.
Seterusnya, bahagian ini turut akan fokuskan sumbangan Tun V.T Sambanthan sewaktu menjadi Presiden Kongress India Malaya yang Kelima dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.

Kesimpulan –
Dalam bahagian ini, saya akan menyatakan mengenai nilau yang diperoleh daripada sumbangan Tun V.T Sambanthan yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Saya juaga akanmerumuskan keseluruhan kajian saya dalam bahagian ini.


Penutup

Pada kesuluruhannya, kajian ini yang dilakukan terhadap Tun V.T. Sambanthan akan tertumpu kepada latar belakang, kejayaan dan sumbangan beliau sewaktu menjadi Presiden Kongres India Malaya yang Kelima dalam tempoh 18 tahun, iaitu dari tahun 1955 hingga 1973.


Bibliografi

Buku Ilmiah
Arumugam Raman. TUN V.T. SAMBANTHAN: Pembela Masyarakat India di Malaysia. Kedah: 
Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM), 2015.

Ummadevi Suppiah. Tun V.T. Sambanthan: Pemimpin Berjiwa Rakyat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2004.

P. Chandrakantham. Perjuangan Hidup Politik Masyarakat India di Malaysia. Selangor: Aswini Creations, 1995.


Laman Web
Penatokoh. Tun V.T. Sambanthan. http://penatokoh.blogspot.my/2014/02/tun-vt-sambathan.html

The Star. Defender of the Indian Community. http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2007/07/16/defender-of-indian-community

Star2. Tun V.T. Sambanthan believed in truthfulness and inclusiveness. http://www.star2.com/people/2015/09/03/tun-v-t-sambanthan-believed-in-truthfulness-and-inclusiveness/

The Star. The tough negotiator. http://www.thestar.com.my/opinion/letters/2007/07/16/the-tough-negotiator

Wikipedia (English). Tun V.T. Sambanthan. https://en.wikipedia.org/wiki/V._T._Sambanthan


Wikipedia (Bahasa Melayu). Tun V.T. Sambanthan. https://ms.wikipedia.org/wiki/V._T._Sambanthan

Comments

Popular Posts