Contoh Esei PA Penggal 1 : Halangan dalam Mencegah Gejala Rasuah
Esei #1 yang ditulis oleh saya semasa Trial Penggal 1. Untuk panduan sahaja. Markah diperoleh : 20/25.
Soalan : Terdapat pelbagai halangan untuk mencegah gejala rasuah dari terus merebak. Huraikan.
Kehendak soalan di sini sangat jelas dan mudah difahami. Nisbah isi: 5 halangan.

Gejala rasuah bukannya sesuatu yang baru dalam sistem pentadbiran dan pekerjaan harian. Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang kerja, tanpa mengira status dan kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Malangnya, walaupun pihak berkuasa berusaha membendungnya, terdapat banyak halangan dalam usaha mencegah gejala rasuah daripada merebak.
Antara halangannya ialah sikap masyarakat yang mengambil remeh isu rasuah ini. Terdapat masyarakat yang tidak mengambil berat tentang isu rasuah kerana mereka sendiri tidak melakukannya. Oleh itu, mereka tidak berusaha untuk membantu pihak berkuasa mencegahnya dan membiarkan pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menguruskan masalah tersebut. Sikap ini memudahkan pemberi dan penerima rasuah meneruskan perbuatan mereka dan tidak mudah tertangkap.
Selain itu, terdapat kekurangan penerapan nilai amanah dalam pekerja. Kepentingan nilai amanah harus ditanamkan dalam setiap pekerja sebelum mereka menjawat sesuatu jawatan. Malah,seorang pekerja tetap juga haruslah menjalani kursus-kursus pengurusan kerja dengan amanah dari semasa ke semasa. Hal ini akan memastikan penerapan nilai amanah dalam kalangan pekerja dapat dijamin, secara langsung mengurangkan gejala rasuah.
Pendekatan yang kurang efektif dalam membendung rasuah juga menjadi halangan yang besar. Kekurangan pengambilan langkah-langkah pencegahan dan menangani gejala rasuah menyebabkan isu ini semakin berleluasa.. Pihak berkuasa seharusnya melakukan lebih banyak operasi penangkapan pemberi dan penerima rasuah, serta menyediakan kemudahan melapornya seperti penyediaan talian hotline atau aplikasi pada laman sesawang SPRM.
Seterusnya, wujud banyak peluang pengambilan rasuah. Rasuah diberikan supaya sesuatu kerja yang sukar dapat dimudahkan atau dicepatkan. Isu ini dapat dikurangkan jika peluang pesalah untuk mengambil kesempatan dapat ditipiskan. Contohnya, penggunaan kamera AES di lebuhraya yang mengambil gambar pemandu laju memastikan bahawa pesalah laku tidak boleh terlepas daripada kesalahannya kerana wujud bukti.
Di samping itu, gejala rasuah juga berlaku kerana wujudnya jurang ekonomi dan status sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini boleh menyebabkan keinginan dan ketamakan seseorang untuk mendapatkan duit atau rasuah berbentuk fizikal. Masalah ini boleh diatasi dengan kenaikan gaji dan pemberian faedah atau ganjaran pekerja yang leih untuk mengurangkan jurang tersebut.
Kesimpulannya, banyak halangan menyebabkan gejala rasuah masih belum lagi dapat dibendung. Semua pihak harus mengambil inisiatif jika isu ini ingin diatasi dalam masa yang terdekat.
Markah:
I - 5/5
H - 12/15
B - 2/4
I - 1/1
Jum: 20/25

343 patah perkataan
Markah:
I - 5/5
H - 12/15
B - 2/4
I - 1/1
Jum: 20/25
Comments
Post a Comment