Contoh Esei PA Penggal 1 : Kepentingan Internet & ancaman daripadanya
Esei #2 yang ditulis oleh saya semasa Trial Penggal 1. Untuk panduan sahaja. Markah diperoleh : 20/25.
Soalan : Kita tidak dapat menafikan kepentingan teknologi maklumat seperti Internet membawa kemajuan dan kebaikan dalam kehidupan manusia, namun kewujudannya menghadirkan juga pelbagai ancaman. Bincangkan.
Kehendak soalan ialah kepentingan Internet dan ancaman yang datang daripada penggunaannya. Peringatan: Soalan menyatakan "teknologi maklumat seperti Internet", jadi calon harus memberikan isi tentang Internet sahaja dan bukan bentuk-bentuk IT yang lain. Nisbah isi: 2 kepentingan + 3 ancaman / 3 kepentingan + 2 ancaman.

Teknologi maklumat telah menjadi suatu keperluan asas dalam era pemodenan ini. Kegunaan teknologi maklumat seperti Internet telah membawa kepada kemajuan negara serta kehidupan masyarakat dengan kadar yang sangat tinggi. Walau bagaimanapun, teknologi maklumat turut mengemukakan pelbagai keburukan atau ancaman kepada negara dan masyarakat.
Antara kebaikan penggunaan Internet ialah perhubungan antara negara menjadi lebih mudah. Kerjasama antara negara dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi, politik, pendidikan, pelancongan dan sukan dapat ditingkatkan lagi bagi menempuh cabaran globalisasi. Hal ini mendatangkan banyak faedah kepada semua negara yang terlibat.
Selain itu, sistem penyimpanan maklumat menjadi lebih cekap dan dapat menjimat kos. Kos dan ruang fizikal yang diperlukan untuk penyimpanan maklumat dapat digantikan dengan penggunaan ruang dalam alam siber. Maklumat tersebut turut dapat diakses dari mana-mana tempat di seluruh dunia bagi memudahkan prosedur kerja lain.
Penyampaian maklumat juga menjadi lebih efektif dan efisien dengan penggunaan Internet. Pihak kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat awam atau swasta dan juga individu boleh menggunakan pelbagai laman sesawang serta sistem e-mel untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dalam masa yang singkat. Penerimaan maklum balas juga menjadi serta merta.
Namun begitu, teknologi maklumat boleh juga menghadirkan beberapa ancaman seperti pengodaman sistem dan pencurian maklumat peribadi. Sistem perlindungan maklumat yang lemah memudahkan pihak luar memasuki database sesuatu sistem untuk mencuri maklumat-maklumat kerajaan atau maklumat peribadi individu. Hal ini boleh membahayakan keselamatan negara dan rakyatnya.
Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat juga boleh memudahkan penyebaran fitnah dan maklumat palsu atau kurang tepat. Hal ini terutamanya berlaku melalui penggunaan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp. Perkara tersebut boleh menyebabkan huru-hara dalam prosedur pentadbiran atau pengurusan jika orang ramai mudah mempercayainya.
Kesimpulannya, teknologi maklumat boleh mendatangkan banyak kebaikan dan juga keburukan dalam hidup manusia. Oleh hal yang demikian, pengurusan teknologi maklumat harus ditingkatkan lagi supaya dapat mengurangkan atau membendung penyalahgunaannya, serta meningkatkan kepenggunaannya.
Markah:
I - 5/5
H - 12/15
B - 2/4
I - 1/1
Jum: 20/25
Nota tambahan : Calon dibenarkan menggunakan beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris seperti "database" dan "server", dan juga singkatan seperti "IT".

301 patah perkataan

Waitttttt hold on why got 20/25 when the total number of words should be 350 righttt
ReplyDeleteTidak melebihi 350. Tu syaratnya kan
Deleteit depends on the marking and the point given by the student. kalau takda TR or TJ maknanya dia akan dapat markah yang sepatutnya. ti doesnt mean you have to write 350 words. it can be less than 350 words but not less than 300 words. that's all.
DeleteCg sya ajr..kna ad 2 hurian dlm 1 isi..ini xdk pon....sp yg btl skrg
ReplyDeletekalau soalan tu tentang tadbir urus sesebuah negara yg baik.. lepas tu ayat kedua dia ckp kesan tidak mgamalkn tadbir urus yg baik. . adkh kita prlu mskkn kebaikkn tbbir urus yg baik jugak?
ReplyDeleteikut konsep 2/3. 2 for kesan, 3 for kebaikan. tapi still depends on the question. pengajian am ni about kehendak soalan. kalau salah jawab soalan, automatic jadi markah 1/25.
DeleteSenang faham.. Hihi.. Boleh buat Cara Jwab yg lbh jelas tak? Huh
ReplyDeleteSenang faham.. Hihi.. Boleh buat Cara Jwab yg lbh jelas tak? Huh
ReplyDeleteAmazing esei
ReplyDeleteAmazing esei
ReplyDeleteGud mamank
ReplyDeleteTapi cg saya ckp.pengajian am x boleh letak penanda wacana,betul ke ?
ReplyDeletekalau dalam soalan tu ada dua kehendak soalan macam mna cara jawab arhh???
ReplyDelete